السبت، 29 أغسطس 2015

PERANAN AGEN MORAL DALAM SOSIALISASI MORAL


Pengenalan:

Sosialisasi adalah proses di mana seseorang individu mempelajari dan menerima nilai,sikap, kemahiran yang dipunyai oleh masyarakat bagi membentuk personalitinya yang tersendiriuntuk menjadi ahli masyarakat tersebut. Sosialisasi adalah proses seumur hidup. Tanpa sosialisasi seseorang tidak dapat berinteraksi, bekerja sebagai satu kumpulan atau melakukankawalan diri.


Sosialisasi bukan sahaja menolong seseorang memainkan peranan sosialnyadengan sempurna tetapi secara keseluruhannya ia juga boleh dikatakan sebagai alat untukmengekalkan kumpulan dan masyarakat. Idea-idea, nilai-nilai dan pola-pola tingkah laku yangmenyatukan masyarakat akan terus kekal walaupun ahli-ahlinya berganti. Sosialisasi berlaku secara sedar atau tidak sedar. Walaupun kanak-kanak diajar secara langsung (delibrate) cara-cara tingkah laku, sikap-sikap dan nilai-nilai yang baik di rumah dan disekolah, tingkah laku, sikap dan nilai kumpulan dalam masyarakat yang lain secara tidak langsung juga akan dipelajari oleh kanak-kanak hasil daripada tingkah laku-tingkah laku atau perbuatan-perbuatan orang-orang dewasa sekitarnya.


Ramai ahli sosiologi berpendapat bahawa kita tidak dilahirkan sebagai manusia, tetapi kita menjadi
manusia melalui proses interaksi sosial atau sosialisasi. Sosialisasi mengubah organisme bilogikal kepada insan sosial. Melalui sosialisasilah seseorang belajar isi kandung kebudayaannya. Melalui sosialisasilahkebudayaan manusia dapat dipindahkan daripada satu generasi kepada generasi yang lain.Proses sosialisasi bertujuan untuk :


a. mengajar asas-asas kehidupan dalam masyarakat

b. menanamkan aspirasi-aspirasi masyarakat

c. menyebarkan kemahiran-kemahiran yang penting dalam masyarakat

d. mengajar untuk memenuhi peranan-peranan sosial.

Tiga perkara mesti berlaku untuk memastikan kejayaan sosialisasi :

a. Seseorang mesti faham apa yang diharapkan daripada mereka. Ia mesti tahu tingkahlaku apa yang patut dipelajari sebagaimana yang diingini oleh masyarakat.

b. Seseorang mesti berusaha memenuhi kehendak-kehendak masyarakat. Untuk bertingkah laku sebagai mana yang dikehendaki, individu boleh mempelajari kemahiran-kemahiran intelektual,sosial dan fizikal daripada ibu bapa, sekolah dan sumber-sumber lain daripada persekitaran

c. Seseorang mesti akur dan rela mengikut peraturan-peraturan masyarakat.

Norma sosial

Norma sosial merupakan kelakuan yang standard yang dimiliki oleh anggota sesuatu kumpulan dan anggota kumpulan itu dijangka akan mematuhinya. Sebagai tingkahlaku yang standard, norma sosial merupakan peraturan yang ditentukan dan dipersetujui oleh sebahagian besar anggota masyarakat dengan mengambil kira mengenai munasabah atau tidaknya tingkahlaku itu.


Norma sosial boleh dianggap sebagai suatu garis panduan bagi anggota masyarakat ber tingkah laku mengikut sesuatu situasi. Penerimaan serta kepatuhan kepada norma sosial adalah amat penting bagi mewujudkan perpaduan di dalam sesuatu kelompok atau masyarakat. Beberapa norma sosial yang diterima oleh kebanyakan masyarakat ialah seperti larangan terhadap perlakuan membunuh, merogol, mencuri dan merompak.

Tanpa norma sosial sistem masyarakat akan terganggu atau menjadi kacau bilau. Apabila sesuatu perlakuan dianggap sebagai satu norma atau bersifat normatif, kita sebenarnya menekankan hakikat bahawa perlakuan itu mematuhi atau bersesuaian dengan jangkaan dan kehendak masyarakat umumnya. Tingkah laku yang tidak mematuhi norma sosial atau bertentangan dengan harapan sebilangan besar ahli masyarakat adalah dianggap sebagai „penyimpangan‟ atau, deviance‟ atau “lencongan‟.

Dalam masyarakat yang menganggap keikhlasan sebagai satu standard kelakuan atau norma, maka penipuan adalah penyimpangan. Norma sosial wujud akibat dari interaksi sosial. Ia mencerminkan jangkaan dan harapan bersamamengenai tingkahlaku yang diingini dalam sesuatu kelompok. Norma sosial dipelajari melalui proses sosialisasi dan penghayatan.

Norma sosial bukannya sesuatu yang tetap. Ia berubah dari semasa ke semasa mengikut keadaan masyarakat. Pengetahuan yang baru dan keadaan yang berubah boleh menyebabkan berkembangnya norma-norma baru. Folkways dan mores sesuatu masyarakat mempunyai hubungan rapat dengan norma sosial masyarakat tersebut. Folkways adalah cara-cara bertingkah laku yang dianggap wajar dalam sesuatu masyarakat seperti sikap bersopan santun dan berbudi bahasa. Ia berasaskan kepada adat resam dan tradisi yang diwarisi dari generasi ke generasi melalui proses sosialisasi. Folkways berbeza daripada masyarakat kepada masyarakat lain. Ia tidak dikuatkuasakan melalui undang-undang, tetapi oleh kawalan sosial yang tidak formal. Perbuatan yang melanggar folkways biasanya tidak dianggap sesuatu yang serius.

Mores pula merupakan norma sosial yang lebih asas bagi kehidupan sosial. Ia menentukan standard moral bagi sesuatu tingkah laku. Anggota sesuatu masyarakat adalah wajib mematuhi mores dan ketidak patuhan akan mengakibatkan hukuman tidak formal yang keras seperti ejekan, hinaan dan penyingkiran dari kelompok-kelompok yang berkenaan. Jadi mores adalah satu bentuk kawalan sosial. Satu contoh mores yang boleh dikatakan sejagat ialah pantang larang mengenai sumbang kadim.


Kawalan Sosial


Kawalan sosial adalah cara yang digunakan oleh masyarakat untuk mempengaruhitingkah laku ahlinya supaya mereka mematuhi norma-norma sosial, tradisi dan pola-pola tingkah laku yang penting bagi melicinkan perjalanan masyarakat itu. Kawalan sosial boleh bercorak positif atau negatif dan kedua-dua bentuk ini juga boleh bersifat formal atau tidak formal. Kawalan sosial positif adalah ganjaran yang diterima oleh seseorang yang mematuhi apa yang diharapkan oleh masyarakat.

Ganjaran yang diberi boleh jadi dalam bentuk senyuman,hadiah, kenaikan gaji atau pangkat, atau pemberian pingat untuk menunjukkan seseorang itutelah berjasa kepada masyarakat dan negara. Satu bentuk kawalan sosial yang lebih asas adalah bergantung kepada penghayatan individu mengenai norma sosial, nilai dan jangkaan penghayatan individu mengenai norma sosial, nilai dan jangkaan peranannya melalui prosessosialisasi. Akibat daripada proses ini, individu didorong untuk mematuhi norma-norma sosialyang dipercayainya.

Kawalan sosial yang negatif adalah berdasarkan kepada amaran sertaancaman terhadap hukuman. Ketakutan terhadap hukuman seperti denda, penjara, kesakitan,kematian dan sebagainya diandaikan dapat menghalang individu daripada melakukan tingkahlaku.


PERANAN AGEN-AGEN SOSIALISASI


1. Keluarga

Keluarga adalah agen sosialisasi yang banyak mempengaruhi perkembangan kanak- kanak. Lazimnya ibu bapa akan mengajar anak-anaknya mengenai apa yang harus dilakukan dan apa yang harus dilarang. Daripada ibu bapa, kanak-kanak itu akan mempelajari kemahiran, sikap, norma dan nilai-nilai seperti kejujuran, amanah, rajin, bersih dan hormat menghormati.

Kanak-kanak semasa dilahirkan diibaratkan seperti sehelai kain putih. Ini bermakna kanak-kanak itu tidak jahat dan tidak baik. Bagaimana personalitinya dibentuk adalah bergantung kepadakeluarganya, rakan sebayanya, sekolahnya dan unsur-unsur lain yang terdapat dalam alamsekitarnya. Pada peringkat awal, kanak-kanak menghabiskan sebahagian besar masanya dengan keluarganya.Cara ibu bapa mengasuh anaknya adalah berbeza. Bagi ibu bapa yang garang dan autokratik, anak-anak membesar menjadi individu yang patuh, pasif, takut memberi pandangan dan kurang berinisiatif. Sebaliknya, ibu bapa yang bersifat laissez-faire atau terlalu berlembut dengan anak serta cepat melayani segala permintaan mereka akan mendapati bahawa anak-anak itu akan membesar menjadi individu yang kurang bertanggung jawab, terlalu bergantung kepada orang lain, kurang berikhtiar dan kurang menghormati orang-orang tua.

Keluarga yang bersifat demokratik, iaitu di mana ibu bapa sentiasa berbincang secara terbuka, melibatkan anak dalam membuat keputusan seperti menentukan tempat peranginan yang hendak dikunjungi serta menerangkan sebab-sebab mengapa anak-anak dihukum akan berjaya membentuk individu yang lebih tinggi keyakinan dirinya. Selain itu anak-anak itu juga lebih aktif, bersopan santun, gemar berkongsi satu-satu masalah dan lebih bersifat mementingkan hallahiriah daripada hal batiniah diri sendiri (ektrovert).

Segala nilai dan norma yang ditekankan oleh ibu bapa akan cepat mempengaruhi perkembangan personaliti anak-anak mereka. Sebagai contohnya, Encik Zaidi baru sahaja pulang dari pejabat. Dia berasa letih dan ingin berehat. Tiba-tiba telefon berdering. Anaknya Nasir telah mengetuk pintu bilik
nya kerana panggilan itu adalah untuknya. Encik Zaidi meminta Nasir memberitahu pemanggil baha wa dia tiada di rumah. Situasi di atas jelas menunjukkan amalan menipu. Kalaulah situasi seperti ini berlaku berulangkali, Nasir akan berpendapat bahawa dalam kehidupan sehari-hari kita, amalan menipu tidaklah salah.

Saiz keluarga juga mempengaruhi sosialisasi seseorang individu. Pertuturan dan interaksi adik beradik akan menggalakkan individu itu bertutur dengan lebih cepat dan lebih luas perbendaharaan katanya. Anak-anak dalam keluarganya yang besar mempunyai tugasan masing-masing manakala anak tunggal atau anak keluarga kecil lebih dimanjakan. Nilai- nilai serta sikapyang dihargai oleh adik beradik juga akan mempengaruhi seseorang individu itu.

2. Sekolah

Apabila kanak-kanak bersekolah, interaksinya dengan masyarakat menjadi bertambah luas. Ia bukan sahaja sekadar biasa dengan peraturan-peraturan dan amalan-amalan keluarganya, ia akan sedar bahawa alam persekolahan juga mempunyai peraturan- peraturan yang ketat yang memerlukannya berkelakuan baik. Di sekolah kanak-kanak bukan sahaja belajar sosialisasi secara formal yang ditentukan oleh kurikulum sekolah tetapi ia juga melalui kurikulum tersembunyi dengan cara menyesuaikan diri dalam suasana baru sekolah seperti beratur mengikut giliran, mengikut peraturan, bekerjasama dengan orang lain dan bersaing dalamaktiviti-aktiviti sekolah.

Guru-guru dan rakan sebayanya menjadi orang-orang yang penting kepadanya. Adalah didapati guru-guru memainkan peranan yang penting selepas ibu bapa dalam perkembangan moral kanak- kanak. Cara pentadbiran sekolah, persekitaran sekolah. personaliti dan pergaualan guru besar dan guru lain, termasuk kaki tangan sekolah, mempunyai pengaruh terhadap perkembangan moral kanak-kanak di sekolah


.3. Rakan Sebaya

Seseorang kanak-kanak juga dipengaruhi oleh rakan sebayanya. Apa yang mereka cakapkan, lakukan, bahasa yang digunakan, semua ini akan meninggalkan kesan ke atas kanak-kanak. Sosialisasi melalui rakan sebaya adalah yang paling efektif berbanding dengan sosialisasi melalui keluarga mereka kerana sosialisasi rakan sebaya berlaku secara tidak formal dan tidak sengaja. Kumpulan rakan sebaya adalah kumpulan yang mengandungi individu yang biasanya mempunyai umur dan taraf yang hampir sama. Kumpulan rakan sebaya boleh jadi kumpulan bermain kanak- kanak, satu geng, atau satu “clique‟. Aktiviti kumpulan rakan sebaya adalah berbentuk sukarela, ahlinya terdiri daripada yang sama taraf dan dipilihberdasarkan suka sama suka.

Dalam kumpulan rakan sebaya mereka suka tanpa diganggu oleh pihak yang lebih berkuasa seperti ibu bapa atau sekolah. Mereka belajar berdikari dan membentuk peraturan, nilai dan norma kumpulan tersendiri. Kumpulan rakan sebaya, terutama peringkat remaja, mempunyai pengaruh kuat ke atas tingkah laku individu. Kesan buruk rakan sebaya boleh berlaku apabila ahli kumpulan dikehendaki menolak nilai-nilai ibubapa dan masyarakat, dan mengikut nilai norma kumpulannya.

Pada peringkat remaja ahli kumpulan rakan sebaya biasanya mempunyai sub-budaya tertentu, mereka mempunyai cara bercakap, jenis-jenis pakaian, muzik, nilai dan norma kumpulan rakan sebayanya. Jurang generasi kerap berlaku pada peringkat ini. Walau bagaimanapun harus diingat bahawa tidak semua kumpulan rakan sebaya membelakangkan nilai dan norma yang dipegang olehkeluarga dan masyarakat, terdapat kumpulan rakan sebaya yang diwujudkan dengan bantuandan restu daripada keluarga ahli-ahli kumpulan rakan sebaya masing-masing. Adalahdidapati kumpulan rakan sebaya hari ini memainkan peranan penting dalam proses soialisasi individu berbanding dengan masa dahulu.

4. Agama

Agama di dapati mempunyai hubungan dengan perlakuan moral. Ramai berpendapat agama adalah penting untuk mencapai perlakuan moral yang baik. Adalah didapati kanak-kanak yangmenghadiri kelas-kelas agama lebih jujur daripada kanak-kanak yang tidak menghadiri kelasagama. Ramai berpendapat kanak-kanak menggunakan ajaran agama sebagai petunjuk dalam proses perkembangan moral mereka. Walau bagaimanapun, terdapat juga kes-kes di mana orang-orang yang percayakan agama tidak menggunakan prinsip-prinsip moral yang tinggi dalam perlakuan mereka seharian. Ini kerana tidak ada keimanan di dalam diri mereka.


Sekiranya kanak-kanak ini diberi didikan agama yang kuat dan berpegang kepada keimanan nescayamereka tidak melakukan sesuatu yang bercanggah dengan moral manusia malahan agama itulahyang akan membentuk jiwa, moral dan akhlaknya kerana di dalam agama itu ada cara dankaedah untuk membentuk akhlak-akhlak yang baik dan berjiwa luhur kepada tuhan seperti yangterkandung di dalam agama Islam.


5.Media Massa

Ada pendapat yang mengatakan media massa mempunyai pengaruh sosialisasi sama kuatnya seperti pengaruh rakan sebaya dan sekolah. Media massa yang merangkumi surat khabar, majalah, radio dan terutama televisyen boleh meninggalkan kesan yang negatif dan positif keatas sosialisasi seseorang. Pengaruh baik atau buruk yang diterima oleh kanak-kanak melalui media massa bergantung kepada apakah bahan atau unsur yang didedahkan kepada mereka. Rancangan-rancangan televisyen mempunyai tema yang berbagai. Tema yang baik seperti cerita di mana orang yang baik selalu mendapat kejayaan dan sebaliknya orang jahat menerima



Terimakasih dan penghargaan buat penulis.
Disunting dari : https://www.scribd.com/doc/220226448/Peranan-Agen-Moral-Dalam-Proses-Sosialisasi-Individu


ليست هناك تعليقات:

إرسال تعليق